INFO

Wajib utk pelajar tahun 3BCS ,3BCN, 3DCS
Minum pagi dan makan tengahari di sediakan untuk para peserta.
Cabutan bertuah juga di sediakan di akhir sesi nanti.
Hadiah disediakan pada pelajar yang bertanyakan soalan.

PROGRAM BANNER



SPESIFIKASI SEMINAR

Spesifikasi seminar ini adalah seperti berikut:

Cadangan Tarikh : 24/10/09
Cadangan Masa : 8:00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Cadangan Tempat : DKU1 UMP.
Penyertaan : Penyertaan terdiri dari semua pelajar FSKKP. (BCS,BCN,DCS) wajib kepada pelajar tahun 1 dan tahun 3.

TOPIK-TOPIK DI DALAM SEMINAR

Topik-topik yang disentuh di dalam seminar ini adalah seperti berikut:
i. Isu-isu terkini berkaitan dengan perisian atau pembangunan perisian.
ii. Isu keselamatan ICT.
iii. Isu terkini bidang rangkaian dan infrastruktur internet.
iv. Perkembangan dan isu semasa ICT di Malaysia.
v. Kejayaan Keusahawanan di dalam bidang ICT.

LATAR BELAKANG PROGRAM

i. Seminar ini diadakan sebagai salah satu aktiviti di bawah kursus BCI3023 (Current Issues In ICT).
ii. Selain daripada pelajar BCI3023, seminar ini juga diwajibkan bagi semua pelajar FSKKP bagi memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai isu terkini di dalam bidang ICT.
iii. Seminar ini juga merupakan satu kaedah baru pengajaran kursus yang telah diperkenalkan pada pengajaran semester lepas.
iv. Seminar ini akan diuruskan oleh semua pelajar BCI3023 (Current Issue In ICT) di bawah penasihatan Puan Awanis Romli dengan kerjasama fakulti.
v. Penceramah bagi seminar ini terdiri daripada kalangan profesional yang dijemput dari syarikat Heitech Padu, Intel, MDeC dan Sapura.